Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan rundingan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta petang tadi. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan bilateral, masalah antarabangsa dan serantau yang diberi perhatian bersama.
Wen Jiabao berkata, lawatan ke Indonesia kali ini amat penting dan mesra bagi beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau yakin lawatan kali ini membawa hasil yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Menurutnya, beliau sedia berkongsi pandangan dengan Susilo dalam merangka kerjasama untuk memperluaskan kerjasama.
Dalam ucapannya, Susilo yakin, hubungan Indonesia-China mempunyai asas yang kukuh dan berharap lawatan Wen akan membuka peluang kerjasama strategik.