Cari:
China dan Indonesia Laksana Strategi Serampang Empat Mata
2011-04-30 15:07:19 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan rundingan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan bilateral, masalah antarabangsa dan serantau yang diberi perhatian bersama.

China dan Indonesia berpuashati dengan kemajuan kerjasama dua hala dan bersetuju melaksanakan strategi serampang 4 mata bagi memantapkan lagi hubungan kerjasama.

Kedua-dua pihak sepakat untuk meningkatkan lawatan peringkat tertinggi menerusi mekanisme pertemuan tetap pemimpin.

China dan Indonesia juga menetapkan sasaran dagangan dua hala berjumlah 80 bilion dolar Amerika untuk dicapai menjelang tahun 2015.

Kebudayaan juga merupakan aspek penting dalam hubungan bilateral. Beijing-Jakarta bakal menandatangan Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) mengenai ijazah dalam kadar segera.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk terus meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam rangka pelbagai hala bagi mendorong perkembangan positif China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China