Cari:
China dan Indonesia Bentuk Mekanisme Pertemuan Pemimpin
2011-04-30 15:50:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Indonesia sepakat membentuk mekanisme pertemuan antara pemimpin dan dialog strategi peringkat tertinggi kedua-dua kerajaan.. Demikian dimaklumkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiaobao dalam sesi media selepas mengadakan rundingan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Menurut Wen Jiabao, tindakan itu diambil bagi merancakkan lagi kerjasama dua hala dan memperluas kepentingan bersama. Beliau turut mengingatkan bahawa negara-negara ekonomi baru muncul tetap menghadapi cabaran serius berikutan perubahan landskap ekonomi dan politik dunia.

Pada hari yang sama, beberapa dokumen kerjasama telah dimeterai oleh kedua-dua negara bagi merencanakan kerjasama antara kementerian luar, dan sektor industri dan teknologi China-Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China