Perdana Menteri China, Wen Jiabao menyampaikan ucap tama yang bertajuk "Tingkatkan Jiran Baik dan Persahabatan, Perluaskan Kerjasama yang Saling Menguntungkan", atas undangan Majlis Hal Ehwal Dunia Indonesia (ICWA) di Jakarta pagi tadi.
Dalam ucapannya, Wen Jiabao menegaskan, China terus menyokong peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau. Konsep dan tindakan ASEAN berhubung kerjasama serantau mesti diteruskan kerana bersesuaian dengan keadaan pembangunan kawasan Asia Timur.
Katanya, pertikaian tentang kedaulatan wilayah, serta hak dan kepentingan maritim tetap wujud di kawasan ini. China dan ASEAN perlu berusaha menyelesaikan masalah tersebut secara damai. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan ASEAN untuk menghadapi ancaman keganasan dan jenayah transnasional, bencana alam, dan penyakit berjangkit bagi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
Tambah beliau, China bersedia terus menghulurkan bantuan kepada negara-negara ASEAN yang kurang maju tanpa syarat.