Singapura merupakan hub penerbangan yang penting di dunia. Negara tersebut perlu mengambil iktibar daripada kejadian kehilangan pesawat MH370 dan menilaikan semula sistem penerbangan di negara tersebut. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen semalam.
Beliau berkata, selepas kejadian tersebut, beliau meminta kementeriannya memberikan perhatian kepada perkembangan isu tersebut termasuk meneliti semula sistem sendiri.
Selain itu, Menteri Luar Singapura K.Shanmugam turut berkata, insiden kehilangan MH370 merupakan amaran kepada Singapura untuk lebih mengetatkan kawalan keselamatan.