Cari:
China Ubah Kawasan Operasi SAR Pesawat MH370
2014-03-18 11:44:41 CRI Cetak

Kapal China Berlayar ke Tempat Berkumpul Sementara di Singapura

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam menyatakan, China tidak akan berputus asa dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) pesawat MH370 tetapi lokasi operasi itu akan diubah, dan tidak tertumpu ke Laut China Selatan. Pada pukul 8.00 tadi, semua kapal China yang menunggu arahan di Teluk Thailand telah belayar ke tempat berkumpul sementara di Singapura, sebelum dibahagikan kepada dua armada yang masing-masing akan menjalankan operasi SAR ke selatan dan utara.

Kapal China Berlayar ke Tempat Berkumpul Sementara di Singapura

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui telefon semalam menyatakan bahawa Vietnam akan terus bekerjasama dengan Malaysia dan pelbagai pihak berkenaan dalam operasi SAR serta menyediakan maklumat berkenaan.

Operasi SAR oleh tentera laut dan udara India telah dihenti sejak 16 Mac lalu. Menurut maklumat berkenaan, India sedang mempertimbangkan menyediakan maklumat sistem satelit dan radar kepada Malaysia.

Berdasarkan jumlah bahan bakar pesawat MH370, Khazakhstan adalah antara negara paling jauh yang boleh dituju oleh pesawat itu. Namun negara itu menyatakan, pihaknya masih belum menerima permintaan bantuan daripada kerajaan Malaysia.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric menyatakan semalam, pertubuhan Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Nuklear mengesahkan tidak mengesan pesawat MH370 meletup atau terhempas, sama ada di darat atau di laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China