Cari:
Li Keqiang Minta Malaysia Sediakan Maklumat Terperinci
2014-03-18 11:47:15 CRI Cetak

China berharap Malaysia menyediakan data dan maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh kepada China dari semasa ke semasa.

Demikian gesaan Perdana Menteri China, Li Keqiang semasa menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui telefon petang semalam untuk menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

Kapal China Berlayar ke Tempat Berkumpul Sementara di Singapura

Li Keqiang menyatakan, operasi SAR dan penyiasatan berkenaan perlu dijalankan serentak. Tambah beliau, lebih 10 buah kapal profesional China, banyak kapal terbang dan 21 buah satelit terlibat dalam operasi SAR. Selain itu, kapal dagangan China yang berlayar di kawasan perairan berkenaan juga dituntut mengesan pesawat tersebut.

Perdana Menteri Najib Tun Razak memaklumkan perkembangan terkini usaha SAR dan langkah terusnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China