Cari:
Operasi Mencari Pesawat MH370 Diteruskan
2014-03-20 15:34:32 CRI Cetak

Operasi mencari dan menyelamat(SAR) pesawat MH370 yang hilang sudah masuk hari ke-13 dan terus mendapat kerjasama baik dari banyak negara.

Ketua Turus Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Fang Fenghui ketika menghubungi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin menerusi telefon semalam berkata, tentera China akan terus menghantar kapal dan pesawat untuk mencari MH370. Zulkifeli menyatakan, Malaysia akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada tentera China. Setakat ini, 11 kapal China sudah berlepas ke koridor utara dan selatan, di samping tiga pesawat pengangkut China yang bersiap sedia untuk beroperasi.

Pegawai India semalam berkata, pihaknya sudah menerima permohonan bantuan dari Malaysia. India akan memfokuskan pencarian di kawasan perairan selatan Lautan Hindi .

Presiden AS, Barack Obama dalam kenyataan pertama beliau berkaitan bantuan kepada usaha SAR MH370 semalam berkata, pihaknya mementingkan misi SAR berkenaan. AS akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan menggunakan semua sumber untuk memberikan bantuan kepada Malaysia.

Armada Ke-7 Tentera Laut AS juga menghantar pesawat P-8A "Poseidon" untuk operasi SAR MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China