Cari:
Tentera Laut dan Udara China Tumpukan Tenaga dalam SAR Pesawat MH370
2014-03-23 14:35:51 CRI Cetak

Kapal tentera dan kapal lain China terus menuju ke arah perairan selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang, serentak itu pesawat Tentera Udara China juga meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan Andaman dan kawasan berkenaan.

Pusat SAR Maritim China memelihara hubungan dengan kumpulan kerja China ke Malaysia untuk mengetahui maklumat terkini daripada Malaysia di samping sentiasa berhubung dengan jabatan SAR maritim Australia supaya meningkatkan perkongsian maklumat untuk menetapkan rancangan, memberi panduan dan menyelaraskan operasi SAR kapal penyelidikan Xuelong dan kapal Zhonghai Shaohua. Pada masa itu, pusat maritim China itu terus menyelaraskan operasi SAR yang dijalankan kapal dagang, kapal nelayan China dan tenaga lain.

Pesawat Tentera Udara China

Tentera Udara China juga mengerahkan sebuah pesawat pengangkutan jenis Ilyushin IL-76s menjalankan tugas SAR pada pukul 14.00 petang tadi di kawasan perairan yang mengesan objek yang disyaki serpihan pesawat MH370 serta menyediakan maklumat kepada kapal China.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ketika mengeluarkan maklumat terkini berhubung operasi SAR pagi tadi menyatakan, sebuah pesawat awam mengesan dengan mata beberapa serpihan kecil di selatan Lautan Hindi. Namun, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menganggap bahawa objek tersebut mungkin tidak berkaitan dengan pesawat MH370.

Imej Satelit China

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia lagi, China telah menyediakan imej satelit yang kelihatan sebuah objek yang panjangnya 22 meter kepada pihaknya malam semalam. Tetapi objek itu tidak dikesan dalam operasi SAR Australia. Australia akan meneruskan operasi SAR hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China