Cari:
Mahkamah Filipina Gugur Tuduhan terhadap Pelancong AS
2015-12-11 14:55:36 CRI Cetak

Mahkamah Filipina menggugurkan dakwaan terhadap pelancong dari AS, Lance Michael White atas tuduhan menyembunyikan peluru.

White, 20, ditahan pemeriksa keselamatan di Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Manilla (MIA) selepas sebutir peluru ditemui di dalam bagasinya melalui mesin pengimbas. Pemeriksa keselamatan berkenaan memeras White wang 30,000 peso (kira-kira USD 635).

White yang menafikan peluru itu miliknya dan enggan membayar wang tersebut, ditahan polis dan didakwa di mahkamah majistret Pasay.

Badan Kehakiman Filipina semalam mengumumkan bahawa White diperas ugut oleh pemeriksa keselamatan dan polis. Dakwaan terhadap dua pemeriksa keselamatan dan empat polis yang terlibat turut difailkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China