Cari:
Mesyuarat Antidadah ASEAN+3 di Bangkok
2016-02-25 15:52:36 CRI Cetak

Mesyuarat Kumpulan Kerja Rangkaian Kawalan Dadah ASEAN+3 yang pertama diadakan di Bangkok semalam.

Lebih 100 wakil dari 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) serta Sekretariat ASEAN telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Timbalan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Kawalan Narkotik Thailand, Narumon Chuangrangsri berkata, kumpulan kerja yang dipimpin oleh Pusat Kerjasama Narkotik ASEAN (ASEAN-NARCO) itu ditubuhkan dengan tujuan untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti pengedaran dadah dengan semua negara anggota, mengkaji pembabitan golongan belia dengan dadah dan jenayah-jenayah lain yang melibatkan dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China