Cari:
Rakyat Singapura Berhimpun Kenang Pemergian Lee Kuan Yew
2016-03-21 15:11:42 CRI Cetak

Tarikh 23 Mac ini merupakan ulang tahun pertama pemergian mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Pelbagai persatuan mengadakan aktiviti bagi memperingati beliau, antaranya termasuklah perhimpunan anjuran sembilan persatuan yang terdiri daripada persatuan kaum Cina, Melayu dan India turut diadakan semalam.

Lebih 1,500 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, menteri-menteri kabinet, tokoh-tokoh dari pelbagai bidang serta rakyat pelbagai kaum menyertai perhimpunan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan Chun Sing telah menyampaikan ucapan dalam perhimpunan tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mendiang Lee Kuan Yew yang berjaya membentuk masyarakat majmuk di Singapura dan menggesa generasi baharu agar mewarisi gagasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China