Cari:
Pertemuan PM China-Kemboja di Laos
2016-09-08 09:55:19 CRI Cetak

PertePerdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen mengadakan pertemuan di Pusat Konvensyen Negara Vientiane malam tadi.

Li berkata, China dan Kemboja merupakan jiran, sahabat dan rakan seperjuangan yang baik. Pihaknya akan mempertahankan kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara. Selain itu, China akan terus menyokong kedaulatan, kestabilan domestik, pembangunan ekonomi dan kedudukan Kemboja di peringkat antarabangsa.



Sementara itu, China bersedia untuk mengekalkan jalinan hubungan peringkat tinggi, mengeratkan komunikasi strategik, saling menyokong dan memperkasakan kerjasama serta pertukaran dengan Kemboja dalam pelbagai bidang.

Hun Sen pula berkata, hubungan antara Kemboja dengan China sangat mesra. Kerjasama bilateral antara kedua-dua negara akan diperkasakan secara berterusan. Pihaknya mengucapkan terima kasih atas bantuan China kepada rakyatnya.

Kemboja bersedia untuk meningkatkan komunikasi peringkat tinggi dan memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China serta mendorong perkembangan hubungan antara ASEAN dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China