Cari:
Filipina Jangkakan Prospek Cerah dalam Pembinaan Prasarana Melalui AIIB
2016-12-27 15:07:55 CRI Cetak

Presiden Senat Filipina, Aquilino Pimentel III baru-baru ini menyatakan, meluluskan Perjanjian Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) merupakan kejayaan yang paling besar bagi Senat pada tahun ini. Filipina, dengan adanya penglibatan dalam AIIB, sudah mulai menjangkakan prospek cerah dalam pembinaan prasarana di negaranya yang dilihat juga akan mendorong pertumbuhan ekonomi secara berterusan di Asia.

Tokoh-tokoh bidang politik dan ekonomi Filipina berpendapat bahawa AIIB dipercayai memainkan peranan yang cukup penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serantau dan mendorong pembangunan sosioekonomi. Selain itu, bank itu dilihat akan membantu meningkatkan daya tahan negara-negara di rantau ini untuk menangani krisis kewangan.

Pada saat sebelum lawatan ke China pada Oktober yang lalu, Presiden, Rodrigo Duterte telah menyatakan, sebagai negara pengasas AIIB, Filipina berharap agar memperoleh pembiayaan yang semakin banyak. Pihaknya mengalu-alukan dan menggalakkan syarikat China melabur dalam projek pembinaan prasarana di Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China