Karnival kaligrafi untuk menyambut Tahun Baharu Cina ke-34 telah diadakan di Pusat Kaligrafi Singapura semalam.
Aktiviti kali ini menarik lebih 700 rakyat di negara itu.
Timbalan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Baey Yam Keng turut hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut.
Karnival itu telah menjadi satu tradisi di Singapura ketika menyambut Tahun Baharu Cina.
Peminat kaligrafi Cina akan menghasilkan karya masing-masing untuk menyambut pesta itu.
Menurut Baey Yam Keng, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Singapura berminat dengan kaligrafi Cina.