Naib Presiden Eksekutif Siam Commercial Bank (SCB) yang bertanggungjawab bagi urus niaga di China, Manop Sangiambut, ketika diwawancara baru-baru ini berkata, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) telah menggalakkan lebih banyak syarikat China meneroka pasaran antarabangsa.
Langkah tersebut membawa manfaat kepada negara-negara ASEAN.
SCB berharap dapat membantu syarikat China menjalankan urus niaga di rantau ASEAN dan berkongsi lebihannya dalam bidang kapasiti industri.
SCB telah menubuhkan kumpulan khusus yang bertanggungjawab bagi pasaran China pada awal tahun 2013.
Pada ketika ini, lebih 50 syarikat China telah menjadi pelanggan SCB, yang kebanyakannya terlibat dalam sektor pembuatan, pembinaan prasarana dan hartanah.
Pihak berkuasa Thailand turut mengemukakan strategi ekonomi "Thailand 4.0" dan projek "Koridor Ekonomi Bahagian Timur".
Projek tersebut merangkumi sejumlah projek pembinaan prasarana yang bakal menarik penyertaan banyak syarikat China.