Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang semalam bagi pihak kerajaan China menyerahkan sumbangan kira-kira 200 juta kyat (616 ribu ringgit) kepada kerajaan Myanmar untuk bantuan kemanusiaan di wilayah Rakhine negara itu.
Menurut statistik, hampir 27 ribu orang di Rakhine menjadi pelarian sejak berlakunya serangan keganasan pada 25 Ogos lalu. Hong Liang berharap sumbangan China itu dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa dan menstabilkan situasi di tempat tersebut.
Menurutnya, China akan terus menyediakan bantuan dan sokongan mengikut keperluan kerajaan Myanmar dan penduduk di Rakhine.