Polis maritim China dan Filipina mengadakan rundingan di Beijing semalam untuk membincangkan kerjasama dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama. Konsensus penting turut dicapai dalam rundingan itu.
Kedua-dua pihak menganggap kerjasama keselamatan melibatkan penguatkuasaan di laut merupakan komponen penting bagi hubungan kedua-dua negara.
Kerjasama antara polis maritim bermanfaat bagi memelihara keselamatan dan order di laut rantau ini dan sesuai dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak memuji pencapaian kerjasama setakat ini, dan menetapkan kempen membanteras jenayah rantas sempadan, antidadah, mencari dan menyelamat (SAR) di laut serta bantuan kemanusiaan sebagai fokus kerjasama akan datang.