Cari:
Naib PM China Lawat Sekretariat ASEAN
2017-11-28 14:33:00 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong yang sedang menghadiri sidang mekanisme pertukaran kebudayaan peringkat timbalan perdana menteri China-Indonesia di Jakarta telah melawat ke Sekretariat ASEAN semalam.

Beliau telah menemui Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Le Luong-minh dan wakil tetap negara-negara ASEAN di sekretariat itu.

Kata Liu, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 ASEAN. Sepanjang 50 tahun ini, ASEAN terus berkembang hingga membentuk sebuah komuniti. Antara pelbagai rakan dialog bagi ASEAN, hubungan dengan China paling dinamik dan bervariasi. Kedua-dua pihak telah membina lebih 10 mekanisme peringkat menteri serta lebih 20 mekanisme kerjasama peringat pegawai kanan.

China kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama lapan tahun yang lalu. Kedua-dua pihak telah menaiktarafkan kawasan perdagangan bebas dan mengadakan beratus-ratus projek kerjasama melibatkan pelbagai bidang.

Le Luong-minh pula mengucapkan tahniah atas kejayaan kongres kebangsaan Parti Komunis China (PKC) yang diadakan tidak lama dahulu. Menurutnya, ASEAN berhasrat meningkatkan kerjasama pragmatik dengan China dalam segenap aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China