Faufan tropika Tembin membadai Pulau Mindanao, Filipina semalam. Bencana banjir dan tanah runtuh akibat taufan itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan empat lagi hilang setakat ini.
Kelajuan angin di kawasan bencana mencatat 60 kilometer sejam dan 90 kilometer sejam pada kelajuan tertinggi. Bencana banjir turut memusnahkan beberapa lebuh raya dan jambatan.