Taufan Tembin yang membadai Pulau Mindanao, selatan Filipina sejak 22 Disember lalu mengakibatkan 164 maut dan 171 lagi hilang.
Tembin dilaporkan telah beredar, namun banjir dan tanah runtuh yang dibawa taufan itu terus berlaku. Angka kematian dan kecederaan dijangka meningkat.
Setakat ini, 98 ribu yang terjejas telah dipindahkan ke 261 pusat perlindungan sementara.