Menurut data Persatuan E-dagang Indonesia, sebanyak 93% hingga 94% komoditi yang dijual melalui platform e-dagang di negara itu adalah barangan import, sedangkan produk tempatan hanya menduduki 6% hingga 7%.
Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah menuntut pihak-pihak berkenaan meningkatkan penyeliaan terhadap barangan import yang dijual melalui e-dagang, serta menambah syer produk tempatan dalam sektor tersebut.
Setakat ini, Indonesia belum menetapkan peraturan tentang percukaian, piawaian syarikat serta perlindungan hak pengguna bagi transaksi e-dagang.
Kerajaan Indonesia bakal memperkenalkan dasar untuk menaiktarafkan teknologi dan mutu produk yang dihasilkan oleh perusahaan tempatan berskala sederhana dan kecil (PKS) agar meningkatkan daya saing mereka dalam e-dagang.