Program "scholarship+great job" anjuran Syarikat Sumber Manusia Indonesia (HRI) yang melibatkan berpuluh-puluh institusi vokasional tinggi di China dilancarkan di Jakarta semalam.
Program biasiswa itu ditawarkan oleh pihak China kepada graduan sekolah menengah atas (SMA) dari seluruh Indonesia.
Program tersebut memberi peluang kepada pelajar Indonesia untuk melanjutkan pelajaran dan merintis kerjaya dalam bidang berkenaan, di samping menyelesaikan masalah kekurangan tenaga profesional yang dihadapi syarikat China di Indonesia.