Cari:
Jokowi Mahu Penilaian HSR Jakarta-Bandung
2018-01-11 13:22:55 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Menteri Penyelarasan Maritim, Luhut Binsar Panjaitan serta pihak-pihak berkuasa berkaitan mengkaji dan menilai projek landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung kerana projek itu tergendala pada masa ini.

Luhut berkata, projek itu tergendala bukan kerana masalah pembiayaan. China sebagai pelabur utama, telah menunaikan kewajipannya yang terkandung dalam perjanjian kerajaan kedua-dua negara.

"Masalah itu pada pihak Indonesia", katanya.

Beliau menyatakan akan menyelesaikan penilaian projek itu dalam masa sebulan. Presiden Jokowi berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan segera agar boleh terus dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China