Cari:
Sarjana Indonesia Tentang Perang Perdagangan
2018-04-10 15:25:06 CRI Cetak

Seminar sempena sambutan ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik China-ASEAN telah diadakan di Jakarta pagi semalam.

Hubungan antara China dengan ASEAN, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta Komuniti ASEAN menjadi tumpuan perbincangan pakar dan sarjana yang hadir.

Ketika mengulas pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS), para sarjana Indonesia berpandangan bahawa perang perdagangan mencerminkan pemikiran hegemoni AS. China mampu menghadapi cabaran itu.

Mereka menyatakan, keterbukaan dan kerjasama saling menguntungkan dianggap dapat menjana ekonomi global dan memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Indonesia, Fredy B. Lumban Tobing berkata, tindakan AS mencetuskan perang perdagangan secara sepihak tanpa menghiraukan kesannya, menjejaskan kepentingan pelbagai pihak termasuk AS sendiri.

Ketua Pusat Pengajian ASEAN Universiti Indonesia, Edy Prasetyono berkata, proses globalisasi tidak dapat dibalikkan. Persaingan adalah perkara yang wajar, dan tidak boleh diatasi dengan melancarkan perang perdagangan.

Evi Fitriani, seorang pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Politik Universiti Indonesia pula berkata, perang perdagangan yang dilancarkan oleh AS ini secara tidak langsung menjejaskan eksport Indonesia, kerana ASEAN, China dan AS semuanya mendapat faedah daripada proses globalisasi. Pergeseran perdagangan perlu diselesaikan dalam rangka Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China