Cari:
Wang Yi Temu Utusan Khas Presiden Indonesia
2018-04-13 14:26:01 CRI Cetak
Wang Yi Temu Utusan Khas Presiden Indonesia

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui utusan khas presiden Indonesia yang juga Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Panjaitan di Beijing semalam.

Wang Yi berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-5 terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China dan Indonesia.

Kedua-dua pihak perlu memperkukuh hubungan tersebut dan menetapkan hala tuju kerjasama menang-menang berasaskan tiga tonggak iaitu inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), integrasi serantau dan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu.

China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk menjayakan pembinaan landasan kereta api Jakarta-Bandung dan menjalinkan kerjasama koridor ekonomi komprehensif serantau agar memperluas keuntungan bersama.

Luhut pula berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan China untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, serta melaksanakan inisiatif B&R agar memberikan manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara bahkan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China