Berdasarkan tradisi China, perhiasan yang disulam pada pakaian, topi dan kasut, selalunya mengandungi makna sebagai membawa tuah.
Lapik kasut dalam gambar ini adalah hasil kraf tangan seorang ibu mentua untuk menantu perempuannya yang baru. Warnanya yang merah menggambarkan kebahagiaan hidup selepas perkahwinan.
Ada satu ungkapan dalam sebuah puisi purba China yang berbunyi, "Mian Mian Gua Die". Ungkapan ini bererti "pokok tembikai sangat subur sehingga buah tembikai yang kecil di atas pokok itu tumbuh menjadi besar". Ia melambangkan kelahiran anak cucu yang berterusan. Niat baik ibu mentua terhadap anaknya diluahkan melalui pembuatan lapik kasut tersebut.