Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

2017-05-16 16:44:29  CRI
Share with:

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Kaunti Jinchuan terletak di Dataran Tinggi Barat Laut Sichuan dan sebelah barat daya Daerah Autonomi Entik Tibet dan Qiang Ngawa, provinsi Sichuan. Kalau menyebut Jinchuan, kita mesti terlebih dahulu teringat akan Guozhuang Manai yang dikenali sebagai mutiara kesenian suku kaum Jiarong daripada etnik Tibet. Jiarong Tibet adalah antara suku etnik Tibet yang masih hidup di provinsi Sichuan.

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Guozhuang merupakan tarian etnik Tibet yang diminati ramai dalam kalangan rakyat. Guozhuang dalam bahasa Tibet bermaksud tarian bulatan, yang juga antara tiga tarian terkenal etnik Tibet. Penduduk etnik Tibet biasanya menari tarian Guozhuang apabila menyambut hari perayaan atau ketika musim senggang bagi kaum petani. Orang ramai akan berdiri dan membentuk bulatan sambil bernyanyi dan menari.

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Guozhuang terdiri daripada "Guozhuang besar" untuk upacara sembahyang, "Guozhuang sederhana" untuk hari perayaan dalam kalangan rakyat dan "Guozhuang kecil" untuk majlis keramaian kaum kerabat dan rakan-rakan.

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Manai Guozhuang adalah bersempena dengan nama tempat Manai. Manai Guozhuang dikenali ramai dengan pakaian, tarian dan nada yang amat istimewa. Manai Guozhuang yang menggabungkan keunikan etnik Tibet Jiarong dan kawasan Manai telah menjadi perhatian ramai. Manai Guozhuang disenaraikan dalam Warisan Budaya Bukan Benda peringkat negara China oleh Kementerian Kebudayan pada tahun 2008.

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Guozhuang—Mutiara Kesenian Etnik Tibet

Difahamkan, selepas Sichuan dilanda gempa bumi yang dahsyat pada tahun 2008, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membina pusat warisan Manai Guozhuang di kaunti Manai bagi memelihara tradisi budaya ini. Persatuan Manai Guozhuang turut ditubuhkan dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelancongan tempatan. Dengan bantuan dan sokongan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat, Manai Guozhuang telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan dan pewarisannya.

admin