Masjid Jianchangying

2017-05-16 16:45:52  CRI
Share with:

Masjid Jianchangying

 

Pekan Jianchangying yang terletak di timur laut bandar Qian'an provinsi Hebei sudah berusia lebih 3,500 tahun. Dengan lokasinya yang strategik, pekan itu selalu dijadikan rebutan dalam peperangan. Pada zaman purba, pekan itu terkenal sebagai hab perdagangan bagi kawasan di kedua-dua belah Tembok Besar China.

 

Masjid Jianchangying

 

Masjid Jianchangying yang seluas 3,300 meter persegi terletak di perkampungan yang berpenduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di pekan Jianchangying. Masjid yang dibina pada tahun 1431 dan pernah dibina semula pada tahun 1542 itu, mempunyai seni bina taman diraja Dinasti Ming dan Qing yang amat menonjol, dan digelar sebagai "Masjid Pertama" di sebelah timur Beijing.

 

Masjid Jianchangying

 

Sejak tahun 1980, pelbagai prasarana untuk umat Islam telah dibina atau dibaik pulih secara berturut-turut di Masjid Jianchangying. Pada tahun 2004, Taman Etnik Hui telah dibina di sebelah selatan masjid itu. Terdapat sejumlah barang antik dan artifak budaya tersimpan di masjid itu yang biasanya dibanjiri dengan umat Islam yang datang untuk beribadat ketika hari kebesaran.

 

Masjid Jianchangying

admin