Dalian yang terletak di hujung selatan Semenanjung Liaodong provinsi Liaoning merupakan bandar penting dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelabuhan, perindustrian dan pelancongan di kawasan berhampiran dengan laut bahagian timur China.
Seterusnya marilah kita melawat ke beberapa destinasi yang wajib lawati di bandar yang romantik ini. (1) Dataran Arca Harimau Dataran Arca Harimau (Hudiao) terkenal dengan lima ekor harimau spesies Timur Laut. Namun harimau tersebut bukanlah yang sebenar, sebaliknya patung arca dengan 35.5 meter tinggi, 6.5 meter lebar dan lebih 2,000 tan berat. Arca yang menjadi mercu tanda bagi Taman Permainan Hutan tersebut telah direka oleh Encik Han Meilin, penggiat seni terkemuka China dalam masa 2 tahun 9 bulan. (2) Pelabuhan Yuren Yuren bermaksud "nelayan" dalam bahasa Mandarin. Pelabuhan Yuren terletak dalam kawasan pelabuhan perikanan Jalan Binhai daerah Zhongshan di bandar Dalian. Lokasi pelabuhan ini agak strategik kerana terletak berhampiran dengan Taman Laut Pantai Harimau di timur, Jalan Binhai di utara, menghadap Laut Kuning di selatan, manakala dikelilingi pula gunung semula jadi dari timur dan barat. Sehubungan dengan itu, pemandangan di situ sungguh indah.Loceng besar di pelabuhan ini akan berbunyi setiap jam, seolah-olah mengingatkan kita untuk menghargai detik-detik indah yang cepat berlalu itu.
Sebanyak 38 buah bangunan dengan seni bina Far East Belarus yang sudah bersejarah lebih 100 tahun masih dipelihara di jalan ini sehingga menjadi jalan bergaya seni bina abad ke-19 dan ke-20 yang pertama di China.
Dataran yang seluas 45 ribu meter persegi itu kini menjadi destinasi pelancongan yang paling popular di bandar tersebut.