Ningbo, bandar budaya dan sejarah yang terkemuka di China, merupakan salah satu daripada tiga pusat ekonomi di provinsi Zhejiang. Bandar bersejarah ini mempunyai pemandangan alam semula jadi yang cukup mempesona. Menikmati pelbagai jenis pilihan makanan yang sangat sedap di Medan selera Kuil Chenghuangmiao dan keindahan pemandangan malam di tebing Sungai Sanjiang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelancong.
Ningbo terletak di timur Zhejiang yang juga bahagian selatan Delta Sungai Yangtze dan berdekatan dengan Teluk Hangzhou di utara. Bandar ini juga dianggap sebagai pusat ekonomi di bahagian Delta Sungai Yangtze. Ningbo ialah tempat asal usul Budaya Hemudu yang telah bersejarah lebih 7,000 tahun. Pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907 Masihi) , Ningbo menjadi salah satu tapak permulaan bagi Jalan Sutera Maritim. Bandar ini dengan bandar Yangzhou, provinsi Jiangsu dan bandar Guangzhou, provinsi Guangdong sama-sama digelar sebagai tiga pelabuhan perdagangan luar di China pada zaman itu. Pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279) , Ningbo juga disenaraikan sebagai salah satu pekan pelabuhan perdagangan luar yang utama bersama-sama dengan Guangzhou, provinsi Guangdong dan bandar Quanzhou, provinsi Fujian.