Pekan Gubei yang Terkenal dengan Airnya

2017-05-16 16:46:53  CRI
Share with:

Pekan Gubei yang terletak di kaunti Miyun, bandar Beijing terkenal dengan air yang dimilikinya. Terdapat Empangan Tasik Yuanyang di pekan ini yang dibina di belakang Tembok Besar seksyen Simatai. Maka, gabungan pemandangan pergunungan dengan pemandangan tasik menjadikan pekan Gubei cukup mempesona. Pekan yang seluas 9 kilometer persegi ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu kawasan pekan yang bercirikan pemandangan air dan Tembok Besar seksyen Simatai. Antaranya, terdapat bangunan Siheyuan (model rumah tradisional China yang berbentuk empat segi dengan pekarangan di pusatnya), yang seluas 430 ribu meter persegi, yang merangkumi 2 hotel bintang lima, 6 hotel kelas ekonomi, 400 rumah sewa, restoran dan kedai.

Pekan Gubei yang Terkenal dengan Airnya

Anda memerlukan 1.5 jam jika memandu sendiri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing atau pusat bandar Beijing ke pekan Gubei. Terdapat kampung purba yang masih terpelihara dengan baik di pekan ini, beserta bangunan yang bercirikan tempoh tahun 1912—1949 di China yang dibaiki atau baru sahaja dibina oleh arkitek kontemporari. Anda boleh memilih mendaki Tembok Besar seksyen Simatai, iaitu bahagian yang paling indah dan paling curam sepanjang keajaiban dunia ini. Anda juga boleh menghayati adat resam penduduk tempatan. Jika menginap di rumah sewa milik kaum tani, tuan rumah sudi melayani tetamu dengan lauk pauk masakan keluarga sendiri. Selain itu, kilang celup, badan pengurusan pengiring, kilang pengarakan kecil yang telah wujud lama dalam sejarah masih kelihatan terpelihara dengan baik dan dipercayai dapat menarik perhatian pelancong.

Pekan Gubei yang Terkenal dengan Airnya

Sebagai pekan yang terbuka, kemudahan di sekelilingnya sudah pun berkembang semakin sempurna, dengan adanya bank, pejabat pos, pasar raya, kedai buku, dan kedai dobi. Anda boleh memilih membawa keluarga atau kawan-kawan ke sini, menginap di Siheyuan yang tipikal di kawasan utara China, dan menikmati suasana yang tenteram selesa di pekan Gubei.

admin