Alamat: No.8 Jalan Liren, Daerah Xicheng, Beijing
NO. Tel: 0086-10-57727584
Restoran Tanguoju terletak di kawasan yang berhampiran dengan Niujie, pusat komuniti Islam yang paling besar di Beijing. Restoran itu menghidangkan makanan halal tradisional Beijing. Walaupun restoran itu terletak di lorong yang kecil, namun tetap mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan kerana daging kambing dan lembu yang sedap serta harga yang berpatutan.
(Tanguo bermakna periuk dipanaskan dengan menggunakan arang kayu. Periuk itu digunakan untuk memasak daging kambing panggang Zhizi, sejenis masakan halal tradisional Beijing.)
(Sate kambing tidak boleh kurang di mana-mana restoran halal di China. Daging kambing berkualiti tinggi menjadi jaminan bagi sate yang sedap)
(Potongan daging kambing panggang juga amat laris di restoran itu)