Lijiang, Syurga Cinta

2017-05-16 16:46:40  CRI
Share with:

Lijiang, Syurga Cinta

Sejak Lijiang dikenali ramai, destinasi pelancongan ini digelar "syurga cinta". Suasana di sini begitu romantis.

Dataran tinggi, gunung salji, langit biru, awan putih, air nan mengalir dan bau harum bunga, menghasilkan pemandangan yang sungguh mengujakan. Berkunjung ke sini membuat anda seolah-olah memasuki syurga cinta. Dalam soal percintaan, Lijiang bukan sahaja satu impian, malah realiti yang ingin dirasai.

Sekiranya berkunjung ke Lijiang, suburkanlah perasaan cinta dan kasih sayang dalam sanubari.

Panduan relaks di Lijiang:

1. Tinggalkan kerisauan anda di rumah. Lupakan kerja yang menjemukan, perasaan kusut, harga rumah yang tinggi dan saham yang tidak menentu. Anda tidak perlu mengikuti pakej pelancongan dan tidak perlu membawa wang yang banyak. Anda hanya perlu membawa hati yang lapang, mungkin di sana anda akan menemukan sesuatu yang tidak terhingga.

2. Berikan satu nama yang menarik kepada diri sendiri. Sekiranya seseorang cuba bertegur sapa dengan anda, nama yang menarik itu mungkin satu permulaan yang amat baik.

3. Sediakan satu acara. Sekiranya anda baru sampai di Lijiang, anda mesti memperkenalkan diri anda kepada semua kawan baharu. Anda perlu membuat persembahan seperti menyanyikan lagu atau menari.

4. Jangan bercuti di Lijiang untuk dua atau tiga hari sahaja. Lijiang adalah tempat yang sesuai untuk anda menghabiskan masa yang cukup panjang untuk berseronok. Jika melancong dalam tempoh yang singkat, orang Lijiang akan berasa seumpama anda tidak menghormati kota ini.

5. Janji temu yang lewat dianggap perkara biasa. Di Lijiang, ramai orang tidak menepati waktu. Mereka tidak memakai jam tangan dan juga tidak mementingkan masa.

admin