Bandar Qinzhou terletak di pusat Zon Ekonomi Teluk Beibu, iaitu di utara Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, kawasan timurnya berdekatan dengan delta Sungai Zhujiang. Bandar ini berjarak kira-kira 110 kilometer dari bandar Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, 98 kilometer dari bandar Beihai dan 76 kilometer dari bandar Fangchengang. Qinzhou merupakan bandar penting bagi pelaksanaan strategi pembangunan dan keterbukaan Zon Ekonomi Teluk Beibu dan pusat kerjasama China dan negara ASEAN. Selain itu, Qinzhou juga merupakan pusat pengangkutan bagi Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).