Taman Geologi Nianbao Yuze

2017-05-16 16:45:58  CRI
Share with:

Taman Geologi Nianbao Yuze

Nianbao Yuze merupakan tempat asal Pergunungan Golog. Taman Geologi Kebangsaan Nianbao Yuze terletak di antara provinsi Qinghai dengan Aba, provinsi Sichuan, China. Taman itu terdiri daripada Tasik Dewi dan kawasan Rigancuo. Terdapat lebih 180 buah tasik di kawasan itu dengan ketinggiannya lebih empat ribu meter dari paras laut. Puncak gunung Nianbao Yuze sesuai didaki oleh pendaki gunung profesional mahupun amatur. Pada bulan Jun hingga Ogos setiap tahun, padang rumput di kawasan itu penuh dengan pelbagai jenis bunga yang berkembang mekar. Pelancong umpama berjalan di atas hamparan bunga. Berkhemah di tebing tasik juga merupakan aktiviti yang menarik bagi para pelancong. Walau bagaimanapun, musim bunga juga merupakan musim hujan. Pelancong perlu menyediakan pakaian dan kasut yang kalis air.

Taman Geologi Nianbao Yuze

Puncak Gunung Nianbao Yuze yang tingginya 5,369 meter di atas paras laut diliputi salji sepanjang tahun. Cuaca di kawasan pergunungan itu selalu mengalami perubahan yang besar dalam tempoh sehari sahaja. Pelancong yang tidak dipandu oleh penghuni tempatan selalu sesat kerana bentuk bumi yang rumit dan cuaca yang kerap berubah. Terdapat lebih 20 jenis haiwan yang hampir pupus dan 450 jenis tumbuh-tumbuhan di taman tersebut. Kawasan Nianbao Yuze turut menarik penjelajah yang berminat mengadakan ekspedisi.

admin