Bandar Suzhou, Provinsi Jiangsu China

2017-05-16 16:46:23  CRI
Share with:

Bandar Suzhou, Provinsi Jiangsu China

Suzhou ialah sebuah bandar raya bersejarah yang terletak di hulu Sungai Yangtze dan Tasik Taihu di provinsi Jiangsu, China. Bandar raya ini terkenal kerana jambatan batu, pagoda dan taman bunganya yang direka bentuk dengan teliti dan telah menjadi daya tarikan pelancong yang unik.

Bandar Suzhou, Provinsi Jiangsu China

Suzhou juga merupakan sebuah pusat yang penting untuk industri sutera China sejak zaman Dinasti Song (960-1279), dan masih mengekalkan kedudukannya sehingga hari ini. Suzhou juga merupakan sebahagian daripada kawasan Delta Sungai Yangtze. KDNK per kapitanya adalah USD 7,649 pada tahun 2004 menyebabkan Suzhou berada pada kedudukan ke-5 antara 659 buah bandar raya di China.

Bandar Suzhou, Provinsi Jiangsu China

Suzhou, tempat bermulanya kebudayaan Wu, adalah antara bandar yang tertua di Lembangan Yangzi. Sejak 2500 tahun dahulu pada akhir zaman Dinasti Shang, puak-puak tempatan yang menamakan diri sebagai "Gou Wu" tinggal di kawasan ini yang kemudiannya menjadi Suzhou.

Dalam sejarah China, Suzhou merupakan sebuah metropolis perindustrian dan perdagangan yang utama di pantai tenggara China.

Bandar Suzhou, Provinsi Jiangsu China

Pada tahun 1981, kota kuno ini disenaraikan oleh Majlis Negara Republik Rakyat China sebagai salah satu daripada empat buah bandar raya (yang lain ialah Beijing, Hangzhou dan Guilin) yang mendapat perlindungan warisan sejarah dan kebudayaan, manakala pemandangan semula jadinya sering dijadikan objek utama. Sejak itu, melalui projek-projek ekonomi subbandar, Suzhou telah berkembang menjadi salah sebuah bandar raya yang paling makmur di China.

Taman-taman klasik di Suzhou disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997 dan 2000. Lawatan maya ke Taman-taman Klasik Suzhou yang mengagumkan ini boleh dibuat melalui laman web UNESCO.

Bandar Suzhou, Provinsi Jiangsu China

Sebagai salah satu daripada bandar raya yang paling makmur di China, pembangunan Suzhou berhubung kait secara langsung dengan pertumbuhan bandar raya satelit, khususnya Kunshan, Taicang dan Zhangjiagang. Suzhou merupakan tempat untuk kebanyakan perusahaan berteknologi tinggi.

admin