Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

2017-05-16 16:45:34  CRI
Share with:

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Bandar Haikou, ibu kota provinsi Hainan, terletak di utara Pulau Hainan dengan keluasan 2304.84 kilometer persegi. Bandar ini merupakan pusat politik, ekonomi, teknologi, kebudayaan serta hab pengangkutan, pos dan telekomunikasi bagi provinsi Hainan. Haikou digelar "bandar pelancongan yang unggul di China", "bandar dalam taman" dan "bandar sejarah dan budaya terkemuka negara". Bandar ini pernah diberikan Anugerah Alam Sekitar Habitat China pada tahun 2004 dan tersenarai sebagai antara 200 buah bandar yang mempesonakan di China pada tahun 2012.

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Bandar Haikou yang terletak di kawasan tropika mempunyai kepelbagaian sumber tropika dan pemandangan pantai yang istimewa. Sejak pelabuhan dibina pada zaman Dinasti Song Utara (tahun 960 hingga 1127), bandar Haikou telah mempunyai sejarah hampir seribu tahun. Bandar ini ditubuhkan secara rasmi pada 9 Disember 1926 dan menjadi ibu kota provinsi Hainan pada tahun 1988.

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Bandar Haikou beriklim monsun laut tropika. Pada musim bunga, cuacanya sederhana dan jarang-jarang hujan. Pada musim panas, cuacanya panas dan selalu hujan. Pada musim gugur, Haikou selalu dilanda taufan dan hujan lebat. Cuaca pada musim sejuk tidak begitu sejuk. Purata tahunan suhu di bandar ini mencatatkan 24.2 darjah Celsius. Purata suhu tertinggi kira-kira 28 darjah Celsius, manakala purata suhu terendah kira-kira 18 darjah Celsius.

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

Pasir di Pantai Haikou berwarna putih dan halus. Terdapat banyak pulau, terumbu dan pantai di teluk dan di luar pesisir pantai. Air laut di luar pesisir agak jernih dan suasana amat sunyi, sangat sesuai untuk aktiviti berenang.

Bandar Haikou, Ibu Kota Provinsi Hainan

admin