Tasik Barat, Hangzhou

2017-05-16 16:46:46  CRI
Share with:

Tasik Barat, Hangzhou

Tasik Barat terletak di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang di timur China.

Pemandangan nan indah di tasik itu telah menarik kedatangan ramai pengembara tempatan mahupun luar negara.

Pada abad ke-14, pengembara terkenal Itali, Marco Polo pernah melawat ke Tasik Barat Hangzhou dan memuji keindahan Tasik Barat seumpama "syurga".

Tasik Barat, Hangzhou

Tasik Barat diibaratkan sebutir mutiara yang terletak di antara kawasan bandar Hangzhou dan kawasan pergunungan.

Tasik Barat adalah satu-satunya warisan budaya kategori tasik dalam senarai Warisan Budaya Dunia UNESCO di China.

Tasik Barat, Hangzhou

Tasik yang seluas 6.39 kilometer persegi itu terdiri daripada lima kawasan perairan dan tiga pulau kecil di tengah-tengahnya.

Dalam sejarah China, banyak penyair terkenal mengagumi pemandangan Tasik Barat dan mengarang puisi untuk memuji keindahan tasik tersebut.

Kebanyakan puisi yang ditulis oleh mereka menjadi terkenal sehingga masih popular dalam kalangan rakyat pada zaman kini.

Di China terdapat banyak cerita dongeng tentang Tasik Barat Hangzhou.

Tasik Barat, Hangzhou

"Cerita Ular Putih" yang popular dalam kalangan rakyat China dikatakan berlaku di Jambatan Duanqiao yang terletak di tasik tersebut.

Kini, sekiranya mengunjungi Tasik Barat, anda boleh menikmati pemandangan tasik dengan menaiki perahu atau berbasikal mengelilingi tasik yang merupakan antara pilihan golongan muda.

admin