Kota Purba Yang Mesti Dikunjungi di Dali, Yunnan

2017-05-16 16:46:31  CRI
Share with:

Kota Purba Yang Mesti Dikunjungi di Dali, Yunnan

Sama ada anda pelancong asing atau tempatan, kota-kota purba di Dali, provinsi Yunnan adalah antara destinasi pelancongan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

1. Kota Purba Dali

Tiada apa-apa yang boleh dilakukan di kota purba Dali, namun tiada apa-apa juga yang tidak boleh dilakukan di sana.

Berbaring dan berjemur di halaman sambil melihat kepulan awan dan matahari pun sudah cukup menghiburkan hati.

Kota Purba Yang Mesti Dikunjungi di Dali, Yunnan

2. Pekan Purba Shaxi

Anda boleh bersiar-siar di pekan Shaxi sambil menghayati warisan budaya zaman pemerintahan Nanzhao (738-902) serta menjejaki kesan-kesan sejarah laluan purba teh-kuda.

Kota Purba Yang Mesti Dikunjungi di Dali, Yunnan

3. Kota Purba Jianchuan

Kota purba Jianchuan telah bersejarah lebih 650 tahun.

Terdapat tembok besar kuno yang masih teguh berdiri, namun dinding kayunya telah dirobohkan pada tahun 1952.

Hanya tinggal empat pintu gerbang, parit dan jambatan yang masih dipelihara hingga kini.

Selain itu, jalan dan lorong lama yang dibina pada zaman Dinasti Ming masih dikekalkan.

Seni bina rumah di kota purba tersebut sangat istimewa dan dianggarkan masih terdapat lebih 40 buah bangunan yang dibina pada zaman Dinasti Ming di kota itu.

Kota Purba Yang Mesti Dikunjungi di Dali, Yunnan

4. Kota Purba Weishan

Weishan merupakan pekan kecil yang sunyi dan sepi. Penduduk tempatannya pula jujur dan baik hati.

Makanan ringan tempatan ada dijual di seluruh pelosok kota.

Tidak perlu terlalu banyak berfikir dan bercakap. Nikmatilah suasana tenang kota purba tersebut.

Kota Purba Yang Mesti Dikunjungi di Dali, Yunnan

5. Pekan Purba Xizhou

Pekan purba Xizhou merupakan tempat asal bagi kebudayaan Dali dan juga petempatan etnik Bai.

Keheningan pekan tersebut memang di luar imaginasi anda.

Mungkin hanya dapat melihat rumah-rumah purba yang telah bersejarah, selain ditemani rakan-rakan untuk keluar bersiar-siar.

admin