Destinasi Menarik di Bandar Beijing

2017-05-16 16:46:19  CRI
Share with:

Destinasi Menarik di Bandar Beijing

(1) Tembok Besar Mutianyu

Tembok Besar Mutianyu dibina oleh Panglima Xu Da di tapak tinggalan tembok besar zaman Qi Utara setelah mendapat titah perintah Maharaja Zhu Yuanzhang pada zaman Dinasti Ming.

Tembok Besar ini menghubungkan Tembok Besar Gubeikou di bahagian timur dan Tembok Besar Juyongguan di bahagian barat. Kedudukan Tembok Besar Mutianyu yang sangat strategik dari segi ketenteraan amat sesuai untuk melindungi bandar Beijing.

Selain itu, tembok besar itu juga mempunyai nilai sejarah dan kebudayaan yang tinggi.

Tembok Besar Mutianyu adalah antara tembok besar pada zaman Dinasti Ming yang memiliki pemandangan paling indah.

Keluasan kawasan tumbuh-tumbuhan di sekitar tembok besar ini melebihi 96 peratus dan tiada tandingan jika dibandingkan dengan tembok besar yang lain di China.

Destinasi Menarik di Bandar Beijing

(2) Destinasi Pelancongan Gunung Shenglian

Gunung Shenglian terletak di banjaran gunung bahagian barat daya Beijing yang berjarak 90 kilometer dari pusat bandar.

Gunung ini juga dipanggil "gunung teratai kecil" kerana keseluruhan gunung seumpama bentuk kelopak bunga teratai yang kecil.

Gunung Shenglian merupakan tempat ibadat bagi agama Buddha dan ajaran Tao.

Kononnya, Mahadeva menjadi dewa setelah termakan beras suci dan terminum air suci yang berasal dari sebuah tasik di gunung ini.

Tokong-tokong Buddha mula dibina sejak zaman Dinasti Ming, manakala ajaran Tao juga secara beransur-ansur berkembang di sini.

Destinasi Menarik di Bandar Beijing

 

(3) Pusat Peranginan Gunung Miaofeng

Gunung Miaofeng terletak berhampiran dengan Sungai Yongding, salah satu gunung yang terkenal di Beijing dan merupakan destinasi peranginan yang popular dalam kalangan penduduk bandar.

Kuil kuno, pokok pain hijau, batu-batu aneh dan tumbuh-tumbuhan eksotik menjadikan gunung tersebut mempunyai reputasi yang tinggi.

Kuil Niangniang Gunung Miaofeng yang terdiri daripada tiga bangunan dibina pada zaman Dinasti Liao.

Sebanyak 14 buah dewan besar telah didedikasikan untuk dewa-dewa dalam ajaran Tao, fahaman Ru, Shi, dan lain-lain sehingga tempat tersebut menjadi pusat ibadat bagi penduduk di utara China pada zaman Dinasti Ming dan Qing.

Destinasi Menarik di Bandar Beijing

(4) Taman Hutan Negara Mangshan

Taman Hutan Negara Mangshan yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pusat bandar merupakan taman hutan negara terbesar di Beijing.

Taman ini diibaratkan "bar oksigen semula jadi" kerana memiliki sehingga 96 peratus kawasan hutan.

Selain panorama hutan yang saujana mata memandang, terdapat juga pelbagai landskap unik yang berunsur kebudayaan seperti patung besar Buddha, menara Gunung Mangshan dan koridor panjang.

Destinasi Menarik di Bandar Beijing

(5) Pusat Peranginan Lembah Shuanglong

Pusat peranginan Lembah Shuanglong yang terletak di daerah Mentougou bandar Beijing merupakan destinasi pelancongan AAA peringkat negara yang sangat sesuai untuk bersantai.

Lembah Shuanglong mendapat gelaran "Jiuzhaigou kecil" dan "ratusan air terjun" kerana lembah tersebut kaya dengan sungai, tasik, air terjun, taman buah aprikot dan pokok-pokok yang menghijau.

Keluasan kawasan tumbuh-tumbuhan di sini melebihi 95 peratus.

admin