Kaunti Miaoli Taiwan

2017-05-16 16:46:13  CRI
Share with:

Kaunti Miaoli Taiwan

Keramahan dan kegiatan keusahawanan dalam kalangan populasi Hakka di Kampung Nanzhuang, kaunti Miaoli, Taiwan tampak begitu ketara di sepanjang Jalan Lama yang terdapat deretan gerai membuat dan menjual makanan tradisional. Tidak ramai yang fasih berbahasa Inggeris di sini dan kebanyakan makanan klasik dilabel dengan tulisan Mandarin. Hal tersebut tidak menjadi masalah kerana para pengunjung ditawarkan dengan sampel-sampel percuma.

Kaunti Miaoli Taiwan

Melepasi deretan kedai, terdapat bangunan kayu paling cantik di Nanzhuang yang merupakan pejabat pos lama yang dibina pada tahun 1900. Bagi penduduk provinsi Taiwan, Gunung Kepala Singa (Lion's Head Mountain) ialah tempat suci untuk diziarahi. Bagi pelancong asing pula, mereka dapat bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah. Tempat ini dipenuhi dengan tokong dan biara Buddha, ada yang telah berusia lebih satu abad. Para pelancong boleh berkunjung ke wilayah pemandangan yang berada pada 492 meter dari paras laut ini dengan kereta dan bas.

Kaunti Miaoli Taiwan

Di kawasan pedalaman Nanchuang, terdapat lembah-lembah yang menjadi penempatan 5,600 orang asli Salslyat. Mereka merupakan puak orang asli minoriti di Taiwan. Kelompok etnik ini tersohor dengan Upacara Pastaai, festival yang bertujuan untuk menenangkan roh-roh daripada puak musuh yang pernah dihapuskan oleh puak Saisiyat pada masa lampau. Ada penambahan tatacara yang menampilkan ritual, upacara pemberian, amalan bertakafur dan tarian. Upacara ini hanya diadakan pada setiap 10 tahun dan upacara yang seterusnya bakal dilangsungkan pada musim luruh tahun 2016. Bagi para pelancong yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang puak ini sambil menikmati keindahan panorama yang bergunung-ganang, sila berkunjung ke Tasik Xiangtian dan Muzium Budaya Rakyat Saisiyat (Saisiyat Folklore Museum) yang dibina di tebingnya.

Kaunti Miaoli Taiwan

Kaunti Miaoli Taiwan

Hanya beberapa buah bandar yang tertumpu pada satu industri sahaja seperti Sanyi, iaitu industri ukiran kayu. Oleh sebab bandar Sanyi dikelilingi hutan rimba, maka para pengukir mudah untuk mendapat bahan mentah seperti batang, dahan, tunggul dan akar pokok. Oleh itu, bandar ini memiliki lebih 100 buah kedai yang menjual pelbagai jenis ukiran kayu dengan harga yang berpatutan. Bagi para pengunjung yang meminati seni ukiran hasil karya pengukir, Muzium Seni Ukir Kayu Sanyi (Sanyi Wood Sculpture Museum) patut dilawati. Muzium empat tingkat ini mengandungi banyak galeri yang memaparkan beratus-ratus ukiran kayu yang praktikal, ukiran dekorasi dan abstrak. Terdapat juga seksyen khas untuk ukiran kayu orang asli, ukiran kuil dan sejarah kesenian kayu di China. Jalan kereta api utama utara-selatan yang pernah merentasi daerah terpencil Sanyi suatu ketika dahulu, masih wujud di sini. Stesen Shengxing yang berada di ketinggian 402 meter dari paras laut, lokasi tertinggi bagi jalan kereta api itu, masih kukuh berdiri. Stesen tersebut merupakan bangunan kayu lama yang terletak di perkampungan yang indah. Terdapat sebuah lagi tinggalan landasan kereta api yang boleh ditemukan beberapa kilometer dari sini, iaitu Jambatan Rosak Longfeng (Longfeng Broken Bridge). Jambatan Rosak Longfeng pernah menampung laluan trafik kereta api, namun jambatan ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi pada tahun 1935. Sisa runtuhannya dianggap sebagai tinggalan sejarah. 

Kaunti Miaoli Taiwan

Kaunti Miaoli Taiwan

Pusat Peranginan Tasik Barat (West Lake Resortopio) mempunyai kombinasi taman-taman gaya Eropah dengan variasi aktiviti hiburan seperti berperahu dalam bot angsa, bermain di padang golf mini dan menonton persembahan pentas. Tempat ini cukup sesuai untuk seisi keluarga bergembira sambil berehat dan bersantai dalam atmosfera yang menyenangkan. Ada pengunjung membuat lawatan sehari tetapi ramai juga yang bermalam di sini. Pusat peranginan ini turut menyediakan bilik penginapan dan hidangan makan sepanjang hari.

Kaunti Miaoli Taiwan

admin