
Taman Negara Potatso yang terletak di tengah-tengah kawasan Tiga Sungai Selari telah diwartakan sebagai warisan alam semula jadi dunia di bahagian barat laut provinsi Yunnan, China.
Taman itu turut menjadi destinasi yang menarik di kawasan Shangri-la.
Terdapat bentuk muka bumi yang unik di taman negara tersebut seperti tasik, tanah pamah, hutan, padang rumput, gaung dan spesies haiwan yang semakin pupus, selain budaya etnik Tibet yang unik. Ekosistem di kawasan itu juga amat baik.

Terdapat sejenis ikan yang istimewa dan bersejarah, iaitu ikan "Bitachongchun" di Tasik Bitahai, tasik yang terletak di taman negara itu. Penduduk etnik Tibet tidak memakan ikan yang dikatakan makan mayat manusia yang ditenggeramkan mereka sebagai satu tradisi penguburan.
Tasik Bitahai juga terkenal dengan bunga azalea. Pada bulan Mei hingga Jun tiap-tiap tahun, bunga azalea akan berkembang mekar di sekitar tasik itu.
Ikan yang memakan bunga azalea akan terapung-apung di permukaan tasik. Penduduk tempatan memanggil ikan itu sebagai "ikan mabuk". Pada 26 November 2012, Taman Negara Potatso disenaraikan sebagai destinasti negara peringkat 5A.

Bayaran masuk ke taman itu ialah RMB258 (RM157), yang merangkumi tiket yang berharga RMB138 (RM84) dan bayaran untuk menaiki bas mesra alam sebanyak RMB120 (RM73).