"Bandar Terapung" di China

2017-05-16 16:46:26  CRI
Share with:

"Bandar Terapung" di China

Pemandangan di Teluk Luoyuan, provinsi Fujian menunjukkan keindahan yang mengagumkan apabila dipenuhi puluhan rumah kayu terapung yang wujud untuk memenuhi keperluan industri penternakan ikan bernilai RM132 bilion di China.

Himpunan rumah usang yang diperbuat daripada kayu itu dapat dilihat "terapung" jauh di laut, malah hampir memenuhi keseluruhan kawasan teluk berkenaan.

"Bandar Terapung" di China

"Bandar Terapung" di China

Di bawah rumah-rumah ini dapat dilihat rangkaian tali pancing, sangkar dan jaring yang mengandungi pelbagai hidupan laut, seperti ketam, udang kara dan rumpai laut.

Kajian terkini menunjukkan bahawa industri akuakultur China kini begitu besar dengan kapasiti pengeluarannya mencatat lebih 32 juta tan setahun, yang merangkumi dua pertiga daripada pengeluaran keseluruhan dunia.

"Bandar Terapung" di China

Sebenarnya, sejak sekian lama penternakan ikan telah dilakukan di China, terutamanya di pesisiran pantai dan muara sungai. Penternakan tersebut hanya dijadikan industri pada tahun 1990-an dan semakin berkembang selepas dikomersialkan hampir 25 tahun lalu.

"Bandar Terapung" di China

Biasanya penternak ikan tinggal di rumah kayu yang dibina di atas permukaan air dan mengusahakannya sebagai sumber ekonomi keluarga. Industri berkenaan kini begitu besar sehingga menjadi sebahagian industri pelancongan negara ini.

Setiap tahun, selama tiga bulan telah ditetapkan sebagai tempoh larangan memancing untuk memastikan stok ikan dan hidupan lain mampu membiak.

(http://www2.hmetro.com.My/articles/BandarterapungChina/Article)

admin