Pada zaman dahulu, kota Lugang, wilayah Changhua, provinsi Taiwan China merupakan bandar kedua terbesar di Taiwan, tetapi kini kedudukannya telah lama diambil alih oleh kota-kota besar. Pada tahun 1680-an, Lugang merupakan pusat perdagangan yang berkembang pesat.
Kebanyakan penduduk tempatan terdiri daripada golongan pedagang Cina Muslim yang berketurunan Parsi.Mereka membawa beras dan gula tempatan ke Tanah Besar China dan mengimport kain serta pinggan-mangkuk.
Mereka meninggalkan kesan sejarah yang kekal terpahat di kota ini. Peninggalan unsur keagamaan terserlah pada hiasan kerawang yang terdapat di Kuil Tianhou. Untuk mengetahui kehidupan penduduk Lugang yang kaya-raya pada zaman dahulu, kunjungilah Ding Mansion yang telah bersejarah lebih 150 tahun.
Kejayaan yang diraih dalam peperiksaan tersebut membawa prestji kepada para pelajar, keluarga dan kampung halaman mereka.
Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan lari daripada kesibukan kota-kota besar ketika berada di Taman Hutan Tianzhong. Taman hutan tersebut diliputi hutan rimba yang tebal dan bukit-bukau setinggi 325 meter dari paras laut.
Di situ, disediakan kemudahan untuk berkelah. Seluruh keluarga pasti girang jika dapat bersantai di sepanjang trek Tea Trail sambil menikmati panorama indah seperti ladang-ladang tanaman, Sungai Zhuoshui-laluan air terpanjang di Taiwan dan Selat Taiwan yang memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.