Destinasi Menarik Sekitar Xiangshan Zhejiang

2017-05-16 16:46:35  CRI
Share with:

Selain pulau Yushan, masih terdapat beberapa pulau kecil di sekitar Xiangshan, bandar Nibo provinsi Zhejiang. Sekiranya anda berkelapangan, jelajahlah pulau-pulau kecil tersebut satu demi satu.

Destinasi Menarik Sekitar Xiangshan Zhejiang

Pulau Tantoushan

Berbanding dengan pulau Yushan, pulau ini lebih dekat dengan kawasan darat, dan tempat yang paling dekat hanya berjarak lapan kilometer.

Terdapat 10 buah kampung di seluruh pulau itu dengan jumlah penduduk mencecah 3 ribu orang. Penduduk tempatan bergantung hidup pada laut.

Ketika waktu malam pada musim panas, kambing bersiar-siar di padang rumput, rawang gelagah bagai melambai-lambai ditiup angin, matahari terbenam perlahan-lahan dan pasangan berbisik-bisik.

Inilah pemandangan seharian yang biasa kelihatan di pulau Tantoushan.

admin