Taman Negara Huang Long yang Menakjubkan

2017-05-16 16:49:16  CRI
Share with:

Taman Negara Huang Long yang Menakjubkan

Oleh: Hafiza

Penat memang penat tetapi apabila sampai ke tasik dengan lima warna di kemuncak perjalanan Taman Negara Hua Long, penat hilang serta merta.

Terletak di kaki Gunung Minshan di Aba, tasik dengan lima warna memang menakjubkan.

Air dalam tasik itu adalah refleksi daripada warna langit, persekitaran dan bakteria juga tumbuhan yang tumbuh di setiap satu kolam. Ia menghasilkan warna hijau, biru, kuning dan putih. Sepatutnya warna ungu juga kelihatan tetapi mungkin kerana air cetek dan di luar musim warna ungu tidak kelihatan di mata saya.

Namun yang lebih menakjubkan adalah kuil purba yang dibina sejak Dinasti Ming. Dengan kedudukan 3569 meter dari aras laut ia bagai menyatu dengan keindahan kolam lima warna.

admin