Masjid Agung Taipei

2017-05-16 16:46:45  CRI
Share with:

Masjid Agung Taipei

 

Masjid Agung Taipei yang seluas 2.747 meter persegi adalah masjid terbesar dan terkenal di provinsi Taiwan. Masjid ini adalah bangunan Islam terpenting di Taiwan dan direkod sebagai mercu tanda yang bersejarah pada 26 Juni 1999 oleh kerajaan bandar Taipei.

 

Masjid Agung Taipei

 

Masjid yang berhadapan dengan Taman Da'an ini dibuka secara rasmi pada April 1960. Pembinaan masjid ini mendapat dana dari kerajaan Tanah Besar China, Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain.

 

Dalam tempoh lebih 50 tahun, masjid ini menjadi destinasi popular bagi dif-dif kehormat dan para pengunjung dari negara-negara Islam yang melawat Taiwan. Setiap kali selepas solat Jumaat, para jemaah tempatan dan asing berkumpul untuk beramah mesra dan menikmati jamuan. Malah daging Halal juga ada dijual di sini.

 

Masjid Agung Taipei

 

Pertubuhan China Muslim yang terletak dalam Masjid Agung Taipei merupakan organisasi Islam yang terbesar di Taiwan. Pertubuhan ini menjalankan pelbagai aktiviti berkait dengan Islam di serata Taiwan. Pada mulanya, pertubuhan ini dibentuk dengan nama Pertubuhan Angkatan Nasional Islam di bandar Wuhan, ibu kota provinsi Hubei pada tahun 1938. Bai Chongxi, tokoh ketenteraan dan ahli politik parti Kuomintang (KMT), dilantik sebagai pengerusi pertama. Tujuan asal pertubuhan ini ialah membantu kerajaan China menentang penjajahan Jepun. Pertubuhan ini berpindah ke Taiwan selepas berakhirnya Perang Saudara China.

 

Pada hari ini, pertubuhan ini menjadi yayasan utama dan nadi penggerak dalam masyarakat Muslim tempatan. Ia menerajui kebanyakan hal ehwal masjid-­masjid di Taiwan. Namun setiap masjid ada lembaga pengarah masing-masing yang menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk para jemaah. Pertubuhan ini turut terlibat dalam pelbagai pergerakan kebajikan yang didukung oleh para sukarelawan yang aktif berusaha demi memajukan masyarakat Muslim dan korporasi pekerja-­pekerja asing. Yayasan Budaya dan Pendidikan Islam yang bernaung di bawah pertubuhan ini, mengadakan ceramah-ceramah tentang Agama Islam kepada masyarakat Muslim tempatan dan komuniti luar.

 

Masjid Agung Taipei

 

Inisiatif-inisiatif lain yang dijalankan oleh pertubuhan ini termasuk menubuhkan pasar-pasar dan perniagaan Halal, mengiktiraf dan menyokong pemuda-pemudi Muslim yang cemerlang dan menyediakan perkhidmatan mengerjakan Haji secara tahunan untuk mengeratkan lagi pertalian persaudaraan antara provinsi Taiwan, Tanah Besar China dan negara-negara Islam yang lain.

 

Alamat: No.62 Xinsheng South Road Section 2, Daan District, Taipei, Taiwan.

Pengangkutan: Stesen utama Taipei (Aliran Tamsui-Xinyi) – Stesen Daan Park (Exit no. 2)

Keluar dari stesen Daan Park exit no 2, anda boleh menyewa basikal U-Bike atau 15 minit berjalan kaki menerusi taman rekreasi Daan dan keluar di pintu masuk bernombor 10 Taman Da'an.

admin