Berbasikal Mengeliling Tasik Qinghai (1)

2017-05-16 16:45:40  CRI
Share with:

Berbasikal Mengeliling Tasik Qinghai (1)

Tour of Qinghai Lake merupakan perlumbaan basikal lebuh raya antarabangsa yang berperingkat tertinggi di Asia. Paras laut yang tinggi merupakan cabaran bagi pemain-pemain dari dalam dan luar negara. Temasya sukan itu dimulakan pada tahun 2002 dan diadakan pada bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Para pelumba berbasikal sejauh kira-kira 1,300 kilometer dalam masa sembilan hari. Lokasi yang tertinggi untuk perlumbaan itu mencatat 3,900 meter dari paras laut.

Berbasikal Mengeliling Tasik Qinghai (1)

Bulan Julai merupakan musim yang paling sesuai untuk melawat Tasik Qinghai. Bunga sesawi berkembang mekar. Suhu purata di kawasan tasik itu mencatat kira-kira 18 Celsius. Kebanyakan peminat berbasikal untuk mengelilingi tasik itu pada awal bulan Julai hingga pertengahan Ogos. Kelancaran lalu lintas dapat dinikmati sepanjang jalan raya yang lebar. Cuma tempat penginapan mungkin tidak mencukupi ketika musim sibuk dan harganya akan lebih mahal.

Berbasikal mengelilingi Tasik Qinghai sepanjang kira-kira 360 kilometer dan memerlukan masa lima hari. Acara itu tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan orang yang sihat mampu untuk mengikuti pakej tersebut.

Pelancong yang berbasikal akan selalu berjumpa dengan penternak kambing, lembu dan lebah. Anda boleh berbual-bual dengan mereka dan merasai yogurt dan madu yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Berbasikal Mengeliling Tasik Qinghai (1)

Kadar menyewa basikal kira-kira RMB40 hingga 70 setiap hari. Kalau berbasikal untuk mengelilingi Tasik Qinghai bersama-sama dengan ramai kawan, anda boleh menyewa sebuah van untuk logistik. Harga menyewa van kira-kira RMB250 hingga 300 sehari.

Terdapat banyak forum untuk peminat berbasikal mengelilingi Tasik Qinghai dalam internet seperti www. biketo.com/bbs/forum-106-1.htmal, www.douban.com/group/149913, www.qhhly.cn atau www.tdql.cn . Anda boleh mendapat lebih banyak maklumat melalui laman sesawang tersebut.

------Andika

admin