Beijing Baik Pulih Taman Yuanming

2017-05-16 16:47:04  CRI
Share with:

Beijing Baik Pulih Taman Yuanming

Taman Yuanming Beijing adalah antara istana maharaja beristirahat pada musim panas yang paling terkenal di China kerana istana itu dibina dengan menggabungkan seni bina pelbagai tempat di China, manakala sebahagiannya memiliki gaya taman Barat.

Bangunan di taman itu sangat indah dan seni binanya yang bermutu tinggi menyamai keindahan alam semula jadi.

Taman Yuanming merupakan sebuah istana yang paling terkenal di China dan di Eropah serta memberikan pengaruh yang besar terhadap pembangunan taman ala Eropah pada abad ke-18.

Beijing Baik Pulih Taman Yuanming

Taman Yuanming yang indah telah dimusnahkan oleh tentera sekutu Britain dan Perancis yang menceroboh China pada Oktober 1860.

Kira-kira 86 tapak tinggalan sejarah di Taman Yuanming akan dibaik pulih pada tahun ini.

Setakat itu, sistem laluan bukit dan air di Taman Yuanming yang terdiri daripada tiga taman, iaitu Taman Yuanming, Taman Changchun dan Taman Yichuan turut dibaiki.

Pembinaan laluan yang diperbuat daripada kayu di Taman Yuanming telah siap pada 10 Mei lalu.

Para pelancong boleh berjalan kaki di atas laluan tersebut untuk menikmati tapak tinggalan Dashuifa.

Beijing Baik Pulih Taman Yuanming

Selain itu, pihak pengawal juga telah menyediakan maklumat pada 86 tapak sejarah tersebut.

Taman Yuanming kini dikenali "Taman Warisan Yuanming" yang terletak di kawasan barat Beijing.

Luas Taman Warisan Yuanmingyuan dianggarkan 3.5 kilometer persegi, manakala bangunannya seluas 200 ribu meter persegi.

Hampir 20 peratus penyelidikan di tapak tinggalan bawah tanah taman tersebut sudah selesai dilaksanakan.

admin